PERHATiAN

Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua artikel didalam blog ini adalah dari karya saya, ada sesetengahnya (yg bertanda *) diambil dari blog lain untuk renungan bersama.
Terima Kasih.

Sunday, June 21, 2009

PANDUAN IBADAT Teori & Praktikal






Bagi yang berminat untuk mendapatkan DVD Panduan Ibadat Teori & Praktikal yang disampaikan oleh Yg Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz bekas pegawai istana negara ini sila berhubung melalui email: hjmuhd@gmail.com
Senarai harga adalah seperti berikut:
Bagi pembelian satu DVD harganya RM15 untuk setiap satu DVD
Bagi pembelian pakej DVD 1 - 10 harganya RM50.

Tajuk bagi setiap DVD adalah seperti berikut:

DVD 1
BAB AIR
PEMBAHAGIAN AIR
HUKUM AIR MUTLAK,MUSTAKMAL
MUSYAMMAS & MUTANNAJIS
SOAL JAWAB PENTING BAB AIR
BAB BERSUCI (LENGKAP)
NAJIS DAN HADAS
PENGERTIAN NAJIS DAN HADAS
BEBERAPA SOALJAWAB PENTING


DVD 2
BAB ISTINJAK (LENGKAP)
BAB ADAB-ADAB MASUK TANDAS(LENGKAP)
BAB WUDHUK (LENGKAP)
BEBERAPA SOALJAWAB PENTING

DVD 3
SAMBUNGAN BAB WUDHUK
BAB TAYAMMUM
PENGERTIAN TAYAMMUM
RUKUN TAYAMMUM
CARA-CARA TAYAMMUM
SOALJAWAB TAYAMMUM
BAB MANDI (LENGKAP)

DVD 4
SAMBUNGAN BAB MANDI
BAB SOLAT
ERTI SOLAT
HUKUM SOLAT DAN PENSYARIATAN SOLAT
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
RUKUN-RUKUN SOLAT

DVD 5
BAB SOLAT FARDHU
SAMBUNGAN RUKUN-RUKUN SOLAT
RUKUN FIKLI, qAULI DAN QALBI
SUNAT-SUNAT SOLAT
CARA MENGETAHUI ARAH QIBLAT DAN MASUK WAKTU

DVD 6
SAMBUNGAN BAB SOLAT FARDHU
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
PERKARA YANG DILARANG DALAM SOLAT
TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG BERSOLAT
PERBEZAAN SOLAT WANITA DENGAN LELAKI
HUKUM SOLAT DIATAS TANAH
BEBERAPA SOALJAWAB PENTING MENGENAI SOLAT

DVD 7
BAB SOLAT BERJEMAAH
ERTI SOLAT BERJEMAAH
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
CARA-CARA MENGANTIKAN IMAM YANG BATAL
KEDUDUKAN SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG
PERIHAL MAKMUM MASBUK
SOALJAWAB PENTING MENGENAI SOLAT JEMAAH

DVD 8
BAB SOLAT JUMAAT
ERTI SOLAT JUMAAT
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
SUNAT-SUNAT KHUTBAH JUMAT
BEBERAPA SOALJAWAB PENTING SOALT JUMAAT
BAB SOLAT SUNAT
SOLAT RAWATIB, TAHAJJUD DAN DHUHA

DVD 9
SAMBUNGAN BAB SOLAT SUNAT
SOLAT HAJAT
SOLAT TASBIH
FADHILAT SOLAT TASBIH
SOLAT SUNAT TAHAYATUL MASJID
SOLAT SUNAT
SOLAT TARAWIH
SOLAT SUNAT YANG DIBOLEHKAN BERJEMAAH
BAB SOLAT QASAR DAN JAMAK

DVD 10
SAMBUNGAN SOLAT QASAR DAN JAMAK
SOLAT JENAZAH LENGKAP
SOALJAWAB PENTING.

Lelaki Dayus

SIAPA LELAKI DAYUS ?
SEPERTI NABI S.A.W BERSABDA YANG MAKSUDNYA,
"TIGA GOLONGAN YANG ALLAH TIDAK AKAN MELIHAT (BERMAKNA TIADA BANTUAN DARI DIKENAKAN AZAB) MEREKA DI HARI KIAMAT IAITU SI PENDERHAKA KEPADA IBUBAPA. SI PEREMPUAN YANG MENYERUPAI LELAKI DAN SI LELAKI DAYUS" (RIWAYAT AHMAD & AN-NASAIE : ALBANI MENGESAHKANNYA SAHIH : GHAYATUL MARAM, NO 278)

ERTI HADITH LAIN PULA YANG MENYEBUTKAN PERKARA YANG SAMA: "TIGA YANG TELAH ALLAH HARAMKAN BAGINYA SYURGA IAITU ORANG YANG KETAGIH ARAK. SI PENDERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN SI DAYUS YANG MEMBIARKAN MAKS1AT DILAKUKAN OLEH AHLI KELUARGANYA ". (RIWAYAT AHMAD)

ERTI DAYUS ?
BERKATA NABI S.A.W,
DAYUS ITU BERERTI ORANG YANG TIDAK MEMPEDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA). (RIWAYAT AT-TABRANI: MAJMA AZ-ZAWAID, 4/327 DAN RAWINYA ADALAH THIQAT).

HURAIANNYA ADALAH SUAMI ATAU BAPA YANG LANGSUNG TIADA PERASAAN RISAU DAN AMBIL ENDAH DENGAN SIAPA ISTERINYA DAN ANAKNYA BERSAMA, BERTEMU MALAH SEBAHAGIANNYA MEMBIARKAN SAHAJA MEREKA-MEREKA ITU DIPEGANG DAN DIPELUK OLEH SEBAHAGIAN LELAKI LAIN ATAS ALASAN CINTA DAN KASIH PADA ISTERI DAN ANAKNYA DISAMPING MENJAGA HATI KEAKRABAN PERSAHABATAN ISTERI DAN ANAKNYA ITU. AUZUBILLAH.........

CONTOH LAINYA WALAUPUN SEKADAR BERJABAT DIANTARA BUKAN MUHRIM KERANA PERNIAGAAN , URUSAN PEJABAT ATAU SUATU PERTEMUAN BIASA JUGA ADALAH BERDOSA.

MENURUT TAFSIRAN OLEH PARA ULAMA MENGENAI ISTILAH DAYUS ITU IALAH SESEORANG LELAKI YANG TIADA CEMBURU KERANA AGAMANYA TERHADAP ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA. (AN-NIHAYAH. 2/147 : LISAN AL-ARAB, 1/150)

IMAM IBN QAYYIM PULA BERKATA YANG ERTINYA: "SESUNGGUHNYA ASAL DALAM AGAMA ADALAH PERLUNYA RASA AMBIL BERAT ATAU KECEMBURUAN TERHADAP AHLI KELUARGANYA DAN BARANGSIAPA YANG TIADA PERASAAN INI MAKA ITULAH TANDA TIADA AGAMA DALAM DIRINYA KERANA PERASAAN CEMBURU INI MENJAGA HATI DAN MENJAGA ANGGOTA SEHINGGA TERJAUH DARI KEJAHATAN DAN PERKARA KEJI. TANPANYA HATI AKAN MATI MAKA MATILAH JUGA SENSITIVITI ANGGOTA TERHADAP PERKARA HARAM SEHINGGA MENYEBABKAN TIADANYA KEKUATAN UNTUK MENOLAK KEJAHATAN DAN MENGHINDARKANNYA SAMA SEKALI."

HUKUMNYA.
ULAMA ISLAM JUGA BERSETUJU UNTUK MENGKATEGORIKAN DAYUS INI DALAM BAB DOSA BESAR, SEHINGGA DISEBUTKAN DALAM SATU AHTAR YANG MANA ERTINYA,

"ALLAH TELAH MELAKNAT LELAKI DAYUS (LAKNAT BERMAKNA IA ADALAH DOSA BESAR DAN KERANA ITU WAJIBLAH DIPISAHKAN SUAMI ITU DARI ISTERINYA DAN DIHARAMKAN BERGAUL DENGANNYA (MATALIB ULI NUHA, 5/320)

CEMBURU DITUNTUT ISLAM & JANGAN MARAH
ADA ISTERI YANG MENYALAHKAN SUAMI KERANA TERLALU CEMBURU. MEMANG CEMBURU BUTA ITU MENYUSAHKAN. MEMANG DALAM HAL BERTANYA ISTERI ITU DAN INI AGAR TIDAK TIMBUL SOAL KEPERCAYAAN TERHADAP ISTERI. SEBENARNYA IA ADALAH MERUPAKAN TUNTUTAN DI DALAM ISLAM DAN INI MENUNJUKKAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SUAMI ITU SUBUR IMANNYA.

SELAIN ITU BERGEMBIRALAH SI SUAMI YANG MEMPEROLEHI ISTERI SOLEHAH KERANA SUAMI TIADA LAGI SUKAR UNTUK MENGELAKKAN DIRINYA DARI TERJERUMUS DALAM LEMBAH KEDAYUSAN.

INI KERANA TANPA CAMPUR TANGAN DAN NASIHAT SI SUAMI, ISTERI DAN ANAKNYA SUDAH PANDAI MENJAGA AURAT, MARUAH DAN DARINYA.MALANGNYA TIDAK MUDAH MEMPEROLEHI ISTERI SOLEHAH DI ZAMAN KEHANCURAN INI SEBAGAIMANA SUKARNYA MENCARI SUAMI YANG TIDAK DAYUS.

RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN.
HARUSLAH DITEGAH JIKA ADA ANAK-ANAK YANG KERAP MENGAJAK KAWAN-KAWAN YANG BERLAINAN JANTINANYA KE RUMAH SAMADA UNTUK JANGKAMASA SEKEJAP ATAU SEBALIKNYA.

HARUS DI KETAHUI TUJUAN MEREKA. ANAK-ANAK YANG TERBIASA DENGAN RINGAN-RINGAN INI DI KHUATIRI APABILA TELAH BERUMAH TANGGA SAMADA SISUAMI ATAU ISTERI MUNGKIN MUDAH TERJEBAK DALAM RINGAN-RINGAN DENGAN ORANG LAIN PULA.....

HANYA DENGAN BERTAUBAT NASUHA DAPAT MENGHALANG AKTIVITI MUNGKAR ITU DARI MELEPASI ALAM RUMAHTANGGA MEREKA. DIKHUATIRI GEJALA INI BOLEH MEREBAK PULA KE ANAK-ANAK MEREKA KERANA BENIH KETERLANJURAN TELAH DI SEMAI DI PERINGKAT ANAK-ANAK LAGI.

CEMBURU SEORANG SUAMI DAN AYAH ADALAH WAJIB BAGI MEREKA DEMI MENJAGA MARUAH DAN KEHORMATAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS ?

1) MEMBIARKAN KECANTIKAN AURAT, BENTUK TUBUH ISTERINYA DINIKMATI OLEH LELAKI LAIN SEPANJANG WAKTU PEJABAT ATAU DILUAR RUMAH.

2) MEMBIARKAN ISTERINYA BALIK LEWAT DARI KERJA YANG TIDAK DIKETAHUI BERSAMA DENGAN LELAKI APA DAN SIAPA SERTA APA YANG DIBUATNYA DIPEJABAT DAN SIAPA YANG MENGHANTARNYA.

3) MEMBIARAKAN AURAT ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN DEWASANYA TERLIHAT SEMASA MENAIKI KENDERAAN SEPANJANG YANG MENYEBABKAN AURATNYA TERLIHAT.

4) MEMBIARKAN ANAK PEREMPUANNYA BERDATING DENGAN TUNANGNYA ATAU TEMAN LELAKI BUKAN MAHRAMNYA.

5) MEMBIARKAN ANAK-ANAK BERDUA-DUAAN DENGAN PASANGANNYA DIRUMAH KONONNYA IBUBAPA SPORTING DAN MEMAHAMINYA.

6) MENYURUH DAN BANGGA MELIHAT ISTERI DAN ANAK-ANAK MEMAKAI PAKAIAN SEKSI DILUAR RUMAH.

7) MEMBIARKAN ANAK-ANAK MEMASUKI PERTANDINGAN YANG MEROSAKKAN AKHLAK SEPERTI RATU CANTIK, NYANYIAN, BERLAKON YANG ADA PERCAMPURAN DENGAN BUKAN MUHRIM.

8) MEMBIARKAN ISTERI ATAU ANAK-ANAK BERKERJA DENGAN TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA DI LUAR RUMAH.

9) MEMBIARKAN ISTERI DISENTUH ANGGOTA TUBUHNYA OLEH LELAKI LAINKECUALI DALAM KEADAAN DARURAT YANG DIBENARKAN.

10) MEMBIARKAN ISTERINYA BERSALIN DIBIDANI OLEH DOKTOR LELAKI SEDANGKAN PILIHAN MENGGUNAKAN KHIDMAT DOKTOR WANITA MASIH ADA.

11)MEMBAWA ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN KEKLINIK UNTUK DIRAWATI OLEH DOKTOR LELAKI TANPA-MENDAHULUI MENCARI KLINIK YANG DIURUSKAN RAWATANNYA OLEH DOKTOR WANITA.

12)MEMBIARKAN ISTERI KERAP BERDUA-DUAAN DENGAN PEMANDU KERETA LELAKI TANPA SEBARANG PEMERHATIAN.


WAHAI PARA ISTERI DAN ANAK-ANAK PEREMPUAN, JIKA ANDA SAYANGKAN SUAMI DAN BAPA ANDA JANGANLAH ANDA MENARIK ATAU MEMASUKKAN MEREKA DALAM KATEGORI DAYUS YANG TIADA RUANG UNTUK KE SYURGA ALLAH SWT.

SAYANGILAH DIRI MU DAN KELUARGA MU. JAGAILAH MEREKA DARI API NERAKA.AKHIRNYA KEPADA PARA SUAMI DAN AYAH, PERTAHANKANLAH AGAMA ISTERI DAN KELUARGA MU WALAU TERPAKSA BERMATIAN KERANANYA. SABDA NABI S.A.W YANG ERTINYA:
"BARANGSIAPA YANG MATI DIBUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN AHLI KELUARGANYA. MAKA IA ADALAH MATI SYAHID". (RIWAYAT AHMAD, SAHIH MENURUT SYEIKH SYUAIB ARNOUT)


JIKA KITA PANDAI, JANGAN DI TUNJUKKAN KEPANDAIAN ITU 100%.
JIKA KITA BODOH, JANGAN DITUNJUKKAN KEBODOHAN ITU 100%.
JIKA KITA JAHIL, JANGANLAH DITUNJUKKAN KEJAHILAN ITU 100%.

TUNJUKKANLAH SEKADARNYA KERANA MUNGKIN YANG DI TUNJUKKAN ITU PUNYAI KELEBIHAN MEMBACA KELEMAHAN KITA.SETIAP MANUSIA ADA KELEMAHANNYA, MAKA BERSEDERHANALAH SETIAP MASA.

"WAHAI TUHANKU ! AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGA MU, TAPIAKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SIKSA NERAKA MU.DARI ITU KURNIAKANLAH AMPUNAN KEPADAKU, AMPUNKANDOSAKU, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR."


sumber: Surau Al Hidayah Seksyen 11 Shah Alam.


Wednesday, October 22, 2008

Jawablah Sendiri!!!


TIDAK SEDAR DIRI
Kita tidak sedar diri
Merasa kuat bila berkuasa
Merasa gagah bila ada tenaga
Merasa bangga bila kaya
Terpesona bila berilmu
Berbunga hati bila cantik
Dengan ini semua
Boleh membendung sakit?
Boleh elak fitnah yang tiba?
Boleh sekat masa tua?
Boleh tolak berbagai masalah?
Boleh elak dari mati?
Jawablah sendiri!
Kerana masing-masing boleh jawab
Kerana itu semua
Adalah pengalaman yang terjadi
Di dalam kehidupan ini

Sunday, June 29, 2008

Dipetik dari blog Ibnu Zhaki

Hati menjadi semakin lunak untuk melihat kecelaan diri. Memang wajar, tiap ketika yang semakin melewati dan tatkala umur kita semakin meningkat, semakin terasa kuat ingin merendahkan diri dengan serendah-rendahnya.

Rasulullah s.a.w. adalah penghulu para sufi. Indah sungguh akhlak baginda tiada tertanding oleh sesiapa pun. Maka kita selaku umat baginda perlu untuk sentiasa menjadikan baginda tumpuan dan ikutan perdana. Kita dapat melihat pada diri kita sendiri, betapa jijik dan celanya kita jika tiada ilmu penyucian hati yang telah diajarkan baginda.

Berdirilah di mana kita berada sekarang. Pastikan jangan ada perasaan kibr itu walau sebesar mana pun. Bagi yang belum mencapai maqam mahfuz, kita pasti bakal melakukan kesalahan dan dosa. Mahu tidak mahu, proses penyucian hati ini sentiasa perlu dilakukan. Al-Quran, zikrullah dan selawat sebagai senjata penyucian yang utama.

'Ulama berkata; andaikata semua manusia ini telah berada pada tahap Saidina Abu Bakr r.a., pasti ALLAH s.w.t. mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Kita sentiasa tidak terlepas melakukan dosa dan kecelaan; di sinilah ALLAH s.w.t. men"tajalli"kan ( menyerlahkan, menunjukkan) sifat Maha Pengampun-Nya. Nabi s.a.w. pernah ditanya sahabat, apakah nasibnya andaikata dia melakukan dosa dan bertaubat dan kemudian melalukan dosa dan bertaubat lagi. Nabi menyatakan bahawa ALLAH akan tetap mengampunkan dosa -dosa tersebut selagi mana tidak mencapai dosa syirik. Namun, AWAS! Jangan kita terperangkap dalam belitan syaitan yang memesongkan kita dalam sifat al-Ghafur ALLAH s.w.t. Syaitan dan nafsu yang dicela akan sentiasa memerangkap kita dengan sentiasa menyuruh supaya dosa dilakukan, kerana perasaan risau tidak perlu wujud kerana dosa-dosa tersebut pasti diampunkan. Tidak, bukan ini yang dimaksudkan. Ini ialah belitan musuh-musuh jahannam tersebut. Kita sentiasa meletakkan azam tidak mahu melakukan dosa dan kelalaian. Setiap lintasan ke arah tersebut perlu kita tolak dengan sekuat-kuatnya. Namun, jika kita tetap tewas dan telah berada di luar kawalan, di sinilah kita perlu sujud dan menangis kepada ALLAH s.w.t. memohon maghfirah-Nya. Di sinilah kita sentiasa mengharapkan sifat Maha Pengampun-Nya yang Maha Hebat dan Maha Luas. Bukanlah dengan sifat ALLAH sedemikian kita sentiasa merancang dan berangan-berangan ingin melakukan dosa.

Imam Ghazali r.t. pernah menyatakan bahawa antara setinggi-tinggi kekufuran yang berlaku apabila seorang hamba melakukan dosa dan penderhakaan, dia melakukannya dengan ni'mat yang dikurniakan kepada ALLAH s.w.t. Inilah puncak kekufuran yang dilakukan hamba kepada ALLAH s.w.t.

Secara khulasahnya, perlu sentiasa kita meletakkan dalam hati kita perasaan gerun kita kepada ALLAH s.w.t. andaikata kita melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya. Peringkat demi peringkat, kikiskan dan buang sejauh-jauhnya perasaan kibr walau sebesar zarah. Nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa insan yang punyai perasaan ini sebesar zarah sekalipun tidak akan memasuki syurga. Sentiasa sedar dan serlahkan ihanah (kehinaan) diri kita di hadapan ALLAH s.w.t. Lunakkan hati untuk sentiasa mabuk dalam sifat Maha Pengampun dan Maha Pengasih-Nya.

Susunan hamba yang sentiasa dikelilingi ma'siat dan dosa;
Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki


Dengan rujukan kepada kuliah ruhaniyah bersama al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi Al-Makki rahimahullah ta'ala.

sumber:
http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2008/06/muhasabah-diri.html

Wednesday, June 25, 2008

Sedihnya Aku.......

Hari ni aku betul2 rasa sedih........
niat baik aku disalahertikan........
salahkah aku?

Thursday, June 19, 2008

Doa pengampunan dosa....

Assalamualaikum kengkawan semua.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita kali ini dan semoga kalian sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt hendaknya......

Sudah sekian lama kiranya aku tidak menulis disini bukanlah kerana apa-apa.... cuma aku terlupa katalaluan aku.... dan setelah berusaha dengan berbagai usaha termasuklah bermunajat terhadapNya.... akhirnya.....dapat lak jugak aku mengingati semula kata laluan itu..... dgn kuasa Nya...... tak nak jadi macam Abby punya blog....kesian dia...kesian dia....terdelete blognye yang comel lote tu.... Buat masa ni rasanya tak ade ape yg nak aku celotehkan cuma nak hadiahkan kengkawan sedikit doa pengampunan dosa bagi membersihkan rohani kite.....


wassalam!





"Ya Allah. Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku hamba-Mu. Dan sentiasalah aku dalam genggaman-Mu dan ketetapan-Mu. Tiada kesanggupanku, aku akui nikmat-Mu atasku dan aku akui dosaku maka ampunilah dosa-dosaku kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau. Aku berlindung diri kepada-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan."

Wednesday, May 14, 2008

Alhamdulilah.....
Aku masih boleh mennjalankan kewajipan sebagai hamba Allah lagi hari ini.
Hari ni aku rasa cukup boring untuk bangun bersiap nak gi kija setelah tidur selepas solat subuh pagi tadi. Berkali kali "mak andeh" aku kejutkan aku.
Setelah berguling kekiri.... berguling kekanan.... dan setelah melihat jam di dinding bilikku menunjukkan jam 9.15am....akhirnya akupun bangun dengan penuh lemah longlai mencapai tuala mandi dan pergi mandi.....bersiap......sarapan...dan memandu ketempat kija.....
Aku begitu moody sekali hari ini.....nape yek? akupun tak tau kenapa. Dan sekarang, aku kat opis...surfing.....check email.....dan akhirnya untuk menghilangkan ke boringan aku, akupun menulis di blog aku ini..... akupun tak tahu apa yang aku tuliskan.....ntah apa-apa ntah....

Mungkin ini "pembawakan" dari gara-gara pertelingkahan antara aku ngan teman sepejabat semalam..... teman yang merasakan dirinya tak pernah salah...yang tak boleh dikritik.....namun dia tetap teman akrab aku... biarlah dia.... biarlah dia ngan labunya.....

Pertelingkahan semalam berkenaan sedikit sebanyak mengenai isu agama....isu untuk menangani gejala murtad. Tp member aku ni spesis yg tak sabar, spesis yg suka mencelah cakap org, pastu tak paham nak marah org lak!

Aku rasa spesis macam ni tak payahlah dibawak berdebat isu agama....buat jadi kelam kabut lagi adala.... biarlah dia ngan labunya.....

Anyway sebelum aku merapu dgn lebih jauh lagi biarlah aku mengundurkan diri dulu, terima kasih bagi yang membaca blog aku ini biarpun tak paham apapun dan terima kasih kepada yang membaca blog ini dan memahaminya......akupun tak sebenarnya tak paham.

Monday, April 21, 2008

AiR MATA iRiNGi PEMBUKAAN SEMULA SURAU AR RAHMAH

Seperti yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Isnin 21 April 2008
14 Rabiulakhir 1429 Bil:591 PP11200/10/2008 (010646)

Airmata iringi pembukaan semula surau Ar Rahmah ...
SHAH ALAM - Linangan airmata mengiring solat pertama pembukaan semula surau Ar Rahmah Seksyen 8 di sini selepas ditutup lapan bulan lalu.
Perasaan gembira berbaur sebak itu bermula sebaik saja bilal melaungkan azan Zuhur malah ketika bersolat jemaah terus menitiskan airmata kesyukuran ia turut disertai oleh golongan remaja dan kanak-kanak yang menyertainya.
Laungan azan dan solat Zuhur berjemaah itu adalah yang pertama sejak surau tersebut diarahkan ditutup sementara waktu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, september tahun lalu.

Tindakan itu diambil apabila penduduk di kawasan perumahan itu dikatakan menganjurkan solat dua imam kerana tidak puashati dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru surau berkenaan dan arahan itu berkuatkuasa sehingga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selesai menjalankan siasatan untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Sebelum ini, JAIS pernah mengarahkan surau di Flat Tun Perak , Bandar Baru Bangi ditutup dan dipindahkan ketempat lain selepas jemaah di situ menganjurkan solat dua imam yang disebabkan perbezaan fahaman politik.
Ketika tinjauan, Sinar Harian mendapati ruang solat hampir penuh berikutan penduduk di taman perumahan mengambil peluang tersebut untuk menunaikan solat berjemaah pertama di surau berkenaan yang bermula semalam(20/04/2008).
Malah, Imam Nadzmi Abdul Karim mengalir airmata ketika mengimamkan solat dan sebaik saja selepas menunaikan solat zuhur seluruh jemaah melakukan sujud syukur. Nadzmi turut menyampaikan amanat kepada jemaah agar menjalankan aktiviti agama di surau berkenaan seperti biasa yang mana sebelum ini tertangguh seketika.
Ahli jawatankuasa surau Nasarudin Hasim, 38, yang ditemui
selepas menunaikan solat berkata, seluruh jemaah di seksyen 8 berasa gembira dengan pembukaan kembali surau itu selepas lapan bulan ditutup.
"Sememangnya ada sikit masalah antara pihak pengurusan surau dengan JAIS dan kami juga bertindak dengan menyaman mereka, bagaimanapun masalah itu telah diselesaikan dengan cara baik dan saman itu telah ditarik balik tanpa syarat.
"Saya rasa gembira selepas beberapa perbincangan dan rayuan dibuat akhirnya permintaan jemaah untuk surau beroperasi semula telah dibenarkan" katanya yang ditemui selepas selesai menunaikan solat.
Beliau berkata, ketika surau ini ditutup jemaah di kawasan berkenaan telah menumpang di beberapa surau lain bagi menunaikan solat dan ceramah agama.
Nasarudin berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan untuk surau ini beroperasi semula pada Jumaat lalu sebelum pengumuman dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, di satu majlis malam kelmarin.
Menurutnya, sebaik Dr Hassan mengesahkan pembukaan surau itu perasaan gembira sukar untuk digambarkan sebelum bertindak menghubungi jemaah lain untuk memaklumkannya.
Katanya, pihak pengurusan dan bersama penduduk akan mengadakan majlis kesyukuran bagi menyambut pembukaan semula surau itu. "Mulai hari ini (semalam) kami dapat melakukan aktiviti agama seperti biasa, jika dulu menumpang kini tidak lagi," katanya dengan perasaan gembira.



Sunday, April 20, 2008

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi akhirnya surau Ar Rahmah seksyen 8 Shah Alam yang ditutup oleh kaum-kaum yang berdarah biru pekat telah dibuka hari ini 13 Rabiulakhir 1429 ( 20/04/2008) dan telahpun diadakan sembahyang dzuhur berjemaah yg pertama sejak penutupannya yang hampir mencecah setahun......
Entah dari mana datangnya jemaah hari ini surau Ar Rahmah menerima kunjungan yg ramai untuk bersama-sama sembahyang dzuhur....
Apapun terima kasih kepada mereka mereka yang terlibat dan terbabit dalam usaha membuka semula surau Ar Rahmah seksyen 8 Shah Alam ini......
Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!!!

Monday, October 08, 2007

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA DAN MAAFKAN ANDAIKATA ADA TULISAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN.

Wednesday, October 03, 2007

Tanpa iman, kehidupan di ibaratkan seperti bulu dipuput angin, tidak tetap dan tidak diketahui hala tujunya.
Tanpa iman juga manusia itu diibaratkan seperti kapal yang tiada nakhodanya. Kehidupan dan undang-undang semata tidak berdaya mengawal tingkah laku. Adalah satu PEMBOHONGAN jika mengatakan agama itu penghalang kehidupan, sebenarnya iman dan islam adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan untuk memperolehi ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Berbahagialah bagi mereka yang telah mendapat hidayah dari Allah swt.

Tuesday, September 25, 2007

Aku sedang mencari kekuatan; bagaimana mendapat keyakinan yang mendalam.Aku sedar tanpa iman yg mendalam, aku tidak berupaya melonjak ke depan. Belenggu kebiasaan dan tarikan nafsu begitu kuat sekali. Ketika tarikan al Hawa memuncak, aku gagal memimpin diri ke arah jalan yang haq. Oh Tuhan, bantulah hamba ini. Kurniakanlah iman yang benar. Hanya kepadaMU aku berserah.Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
1.) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,bukan asal keturunannya.
2.) Kecantikan yang abadi ialah pada ke elok kan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.
3.) Di dalam masyarakat manusia ada 'binatang jalang', tetapi di dalam masyarakat binatang tak ada 'manusia jalang'.
4.) Anak-anak adalah umpama pokok pokok bunga yang indah dan yang menjadi tanah dan baja adalah ibubapanya.
5.) Satu jam awal adalah lebih baik dari satu minit terlewat.
6.) Lalai sesaat adakalanya mencucurkan airmata setahun.
7.) Masa dihargai,janji ditepati.
8.) Tanpa semangat tak akan ada pekerjaan besar yang dapat diciptakan.
9.) Suatu beban yang berat yang dipikul dengan senang hati akan menjadi ringan.
10.) Orang yang menghadapi pekerjaan dengan sombong dan takbur, selamanya tidak akan mengecap rasa bahagia meskipun ia mencapai kemajuan dalam pekerjaannya.

Monday, September 24, 2007

Hari ni aku ada dapat email dari member opis.... ya allah punyalah bengangnya aku kat anak Tun Mahathir nie.... ada ke ajak org yang tak berkenaan sama-sama menghadiri majlis doa selamat untuk bapak dia... yg dia ajak tu pulak tok pekong cina, tok pekong india dan paderi-paderi.... apa dia ni tak caya kat Allah s.w.t lagi ke? Atau mungkin ini yang dikatakan 'MALAYSIA BOLEH' kot! Satu lagi perkara yang akan membuat Allah swt murka kepada kita..... tak taulah aku... bala allah swt semakin hampir.... berdoalah kita.

Friday, September 21, 2007

Puasa..... alhamdulillah aku dapat mengecapi bulan ramadhan untuk tahun ini. Cuma apa yang aku kesalkan kenapa surau tempat aku tiba-tiba lak JAIS tutup rapat,siap kunci berantai lagi....
Memanglah surau ini sejak kebelakangan ada masalah perebutan kuasa antara JAIS dan AJK asal yang telah lebih 10 tahun menguruskan surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam. Tapi yang aku pelik kat orang-orang yang 'terrer' sangat bab agama ni, nape dia orang tutup surau ni time start bulan yang penuh barakah untuk umat islam membuat amal ibadat, dia orang ni bukan orang islam kot yang pegang jawatan dalam jabatan agama islam. Aku betul tak paham kenapa. Ya Allah ya tuhanku, kau tunjukkanlah mereka-mereka yang terlibat dalam konspirasi ini akan kekuasaan mu demi umatmu yang lain yang ingin memperhambakan diri padamu ya Allah!!

Sunday, August 26, 2007

If a barber makes a mistake,
It's a ...NEW STYLE
If a driver makes a mistake,
It is an ... ACCiDENT
If a engineer makes a mistake,
It is a ... NEW VENTURE
If parents makes a mistake,
It is a ... NEW GENERATiON
If a politician makes a mistake,
It is a ... NEW LAW

If a scientist makes a mistake,
It is a ... NEW iNVENTiON
If a tailor makes a mistake,
It is a ... NEW FASHiON
If a teacher makes a mistake ,
It is a ... NEW THEORY
If our boss makes a mistake,
It is our ... MiSTAKE

If an employee makes a mistake,
It is a ... MiSTAKE
Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..


Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit terganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini! Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah swt Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah....



*Artikel dan gambar ini telah diambil dari blog asal Blalang.com.

Saturday, August 18, 2007




Bersama isteri tersayang di Genting Highlands....2007















Bersama kawan kawan dari Kelab Motosikal Jaguh (KEMOJA)
sempena raptai berbarisan hari merdeka..........2005









Nik,Emma,Wai Queen dan aku di Pusat Sains Negara ketika sebelum memulakan The Sun Treasure Hunt......... 2007












Rakan sebelangkas aku.... merangkap bos aku..... forever...














Team bowling Petra yang paling power (kira markah dari belakang,kita orang no 3)........... sweet memories...
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan
bahawa kita masih hidup !

Saturday, August 11, 2007

Berlajarlah untuk berkata
CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ....."

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.


Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.kan ? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab?



Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).


Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Maha Suci Allah...


Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur.


Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Cukuplah sebanyak yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.


Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya. Bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?


Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.-..



Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...


Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ....."






Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a

Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a
"sesungguhnya berdiri iblis dihadapanmu, jiwa berada disebelah kananmu, nafsu pula disebelah kirimu, dunia berada dibelakang mu, semua anggota tubuh disekitarmu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada di atasmu.... Maka menghasutlah sang iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agama mu, jiwa pula mendorong mu kearah maksiat, nafsu pula mendorongmu agar memenuhi tuntutan syahwat sedang dunia pula mengajakmu agar memilihnya dari memilih akhirat, anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu agar memasuki syurga serta mendapatkan keampunannya..... Siapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya... siapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya... siapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal darinya... siapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya... siapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya.... manakala sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta dia akan memperolehi segala kebaikan....... yang manakah kita??

BOIKOT!!

Bebaskan Palestin!