
TIDAK SEDAR DIRI
Kita tidak sedar diri Merasa kuat bila berkuasa
Merasa gagah bila ada tenaga
Merasa bangga bila kaya
Terpesona bila berilmu
Berbunga hati bila cantik
Dengan ini semua
Boleh membendung sakit?
Boleh elak fitnah yang tiba?
Boleh sekat masa tua?
Boleh tolak berbagai masalah?
Boleh elak dari mati?
Jawablah sendiri!
Kerana masing-masing boleh jawab
Kerana itu semua
Adalah pengalaman yang terjadi
Di dalam kehidupan ini