14 Rabiulakhir 1429 Bil:591 PP11200/10/2008 (010646)
Airmata iringi pembukaan semula surau Ar Rahmah ...

Perasaan gembira berbaur sebak itu bermula sebaik saja bilal melaungkan azan Zuhur malah ketika bersolat jemaah terus menitiskan airmata kesyukuran ia turut disertai oleh golongan remaja dan kanak-kanak yang menyertainya.
Laungan azan dan solat Zuhur berjemaah itu adalah yang pertama sejak surau tersebut diarahkan ditutup sementara waktu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, september tahun lalu.
Tindakan itu diambil apabila penduduk di kawasan perumahan itu dikatakan menganjurkan solat dua imam kerana tidak puashati dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru surau berkenaan dan arahan itu berkuatkuasa sehingga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selesai menjalankan siasatan untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Sebelum ini, JAIS pernah mengarahkan surau di Flat Tun Perak , Bandar Baru Bangi ditutup dan dipindahkan ketempat lain selepas jemaah di situ menganjurkan solat dua imam yang disebabkan perbezaan fahaman politik.
Ketika tinjauan, Sinar Harian mendapati ruang solat hampir penuh berikutan penduduk di taman perumahan mengambil peluang tersebut untuk menunaikan solat berjemaah pertama di surau berkenaan yang bermula semalam(20/04/2008).
Malah, Imam Nadzmi Abdul Karim mengalir airmata ketika mengimamkan solat dan sebaik saja selepas menunaikan solat zuhur seluruh jemaah melakukan sujud syukur. Nadzmi turut menyampaikan amanat kepada jemaah agar menjalankan aktiviti agama di surau berkenaan seperti biasa yang mana sebelum ini tertangguh seketika.
selepas menunaikan solat berkata, seluruh jemaah di seksyen 8 berasa gembira dengan pembukaan kembali surau itu selepas lapan bulan ditutup.
"Sememangnya ada sikit masalah antara pihak pengurusan surau dengan JAIS dan kami juga bertindak dengan menyaman mereka, bagaimanapun masalah itu telah diselesaikan dengan cara baik dan saman itu telah ditarik balik tanpa syarat.
"Saya rasa gembira selepas beberapa perbincangan dan rayuan dibuat akhirnya permintaan jemaah untuk surau beroperasi semula telah dibenarkan" katanya yang ditemui selepas selesai menunaikan solat.
Beliau berkata, ketika surau ini ditutup jemaah di kawasan berkenaan telah menumpang di beberapa surau lain bagi menunaikan solat dan ceramah agama.
Nasarudin berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan untuk surau ini beroperasi semula pada Jumaat lalu sebelum pengumuman dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, di satu majlis malam kelmarin.
Menurutnya, sebaik Dr Hassan mengesahkan pembukaan surau itu perasaan gembira sukar untuk digambarkan sebelum bertindak menghubungi jemaah lain untuk memaklumkannya.
Katanya, pihak pengurusan dan bersama penduduk akan mengadakan majlis kesyukuran bagi menyambut pembukaan semula surau itu. "Mulai hari ini (semalam) kami dapat melakukan aktiviti agama seperti biasa, jika dulu menumpang kini tidak lagi," katanya dengan perasaan gembira.