PERHATiAN

Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua artikel didalam blog ini adalah dari karya saya, ada sesetengahnya (yg bertanda *) diambil dari blog lain untuk renungan bersama.
Terima Kasih.

Saturday, June 02, 2007

Assalamualaikum buat semua,
Hari ini iNSaN KaMiL mempunyai satu tajuk yang amat menarik iatu "10Perkara yang membatalkan Islam dan Apa itu Syirik."

Akhir- akhir ini kita sering mendengar tentang murtad. Berlakunya gejala murtad dikalangan umat Islam, sekalipun mereka mempunyai pendidikan.

Sebahagian mereka barangkali telahpun mengkhatam al-Quran, bahkan sebahagiannya mempunyai ibubapa dan keluarga yang terdiri daripada keluarga yang kuat beragama. Ini semua kerana salah faham mereka terhadap aqidah.

Aqidah adalah teras bagi ajaran Islam. Pintu masuk kepada Islam adalah aqidah. Salah memahami aqidah menyebabkan salahnya seseorang memahami hakikat ajaran Islam.

Adalah sesuatu yang silap bagi sebahagian masyarakat apabila mereka ingin memahami Islam mereka cuba memahaminya dari sudut-sudut yang lain selain daripada aqidah. Ada yang cuba memahami Islam dari sudut fiqahnya. Ada yang cuba memahami Islam dari sudut tasawufnya. Ada yang cuba memahami Islam dari sudut ekonominya atau politiknya sedangkan mereka tidak terlebih dahulu memahami Islam dari sudut aqidah. Maka dengan itu berlakulah berbagai gejala yang salah dikalangan umat Islam.


Salah faham terhadap aqidah bermula daripada banyak perkara, salah satunya ialah kesalahan mereka memahami apakah aqidah yang dituntut oleh Islam. Ramai yang menyangka bahawa yang dikatakan aqidah yang dituntut Islam itu ialah mempercayai bahawasanya Allah SWT sebagai tuhan.......


Bagi menjawab persoalan ini dengan lebih panjang lebar lagi agar semua kengkawan yang berminat dengan perkara ini faham tentang 10 perkara yang membatalkan Islam dan apa itu syirik yang akan dijawab oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN(mufti kerajaan negeri Perlis), iNSaN KaMiL akan memberikan kengkawan yang berminat satu VCD PERCUMA kepada sesiapa yang inginkan kupasan tentang persoalan ini.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan VCD PERCUMA ini sila hantarkan alamat kepada cdfree88@gmail.com dan isikan "10 PERKARA MEMBATALKAN ISLAM-VCD PERCUMA" didalam kolum subjek.


Mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan iNSaN KaMiL dan menyelamatkan kengkawan sekelian daripada perbuatan dan amalan atau iqtiqad ataupun syak yang boleh menyebabkan kita syirik kepada Allah SWT......


Sekian, wassalam.


iNSaN KaMiL
Maksud surah Al 'Ankabut 29:61
"Jika ditanya mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan yang menundukkan bulan dan matahari, nescaya mereka akan mengatakan ALLAH."











Thursday, May 31, 2007






Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15 tahun. Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu. Setelah puas penduduk kampung mencari, apa yang ditemui hanyalah sekujur mayat di dalam sebuah parit di pedalaman kampung, bersekali dengan basikal anak tersebut.

Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah yang dilakukan 2 - 3 kali selepas itu, adik2 arwah yang masih kecil yg berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama-sama dalam majlis-majlis tersebut. Ibubapa itu hairan namun mereka menganggap anak-anak itu hanya bermain-main dan terbayang-bayang abang mereka. Suatu pagi semasa kakak perempuan arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, tiba-tiba beliau betul-betul didatangi arwah. Dengan muka yang sedikit sugul arwah bercakap kepada kakaknya. " Wahai kakakku, mengapalah kakak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak"

Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat, namun sesetengahnya tidak istiqamah. Arwah itu baru berumur 15 tahun bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh. Dalam waktu yang sesingkat itu pun dosa pahala sudah di catat malaikat dan kesannya di alami didalam kubur. Kisah ini adalah sebagai mukadimah untuk insan kamil mengajak kawan-kawan meninjau diri kita masing-masing...

Cuba kita tinjau diri kita sudah 10, 20, 30 atau 40 tahun amalan kita dicatat malaikat. Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini? Kita punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam2, mengadap internet atau bersembang2 dengan kawan-kawan tak tentu hala. Namun pernahkah kita menggunakan waktu selepas solat atau waktu2 lapang lain untuk menqada solat-solat kita yang lepas-lepas? Jika 40 tahun selepas baligh dan kita hanya mula bersholat 10 tahun lepas, atau baru mula bersolat secara istiqamah, itupun tiada jaminan solat kita sekarang diterima Allah SWT. Hutang dengan Allah tetap hutang. Sebaiknya contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh, begitu juga dengan waktu-waktu solat lain selepas maghrib, at least 1 solat maghrib. Begitu juga dengan ibadah puasa [terutama yang wanita) Sebab itu kadang2 kita makin banyak berusaha, semakin tidak menjadi. Makin banyak hutang bank pulak. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak sembahyang dan lalai tentang agama tapi business flourish, malah semakin kaya. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah dengan kata lain 'istidraj' nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman. Lebih baik menjadi orang Islam yang diuji bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah, lebih rasa memerlukan, rasa keterbegantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa2 kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yg Allah suruh, sekurang2nya bersolat 5 waktu. Namun hidup kita masih tidak tenang, serta silih berganti ujian kecil mahupun besar. Mungkin antara sebabnya adalah hutang2 kita kepada Allah yang masih belum beres. Solat tentunya. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji [bagi yang sudah berkemampuan namun masih merasakan belum mampu] Semoga bermanfaat, Wassalam.


Sumber dari internet seperti yang di emailkan kepada insan kamil.... tiada niat untuk mengata sesiapa tetapi insan kamil sekadar menyampaikan moga jika ada yang alpa akan kembali sedar..

terima kasih.

iNSaN KaMiL
maksud surah Al Mukminun 1:11
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iatu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta). Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya"

Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a

Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a
"sesungguhnya berdiri iblis dihadapanmu, jiwa berada disebelah kananmu, nafsu pula disebelah kirimu, dunia berada dibelakang mu, semua anggota tubuh disekitarmu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada di atasmu.... Maka menghasutlah sang iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agama mu, jiwa pula mendorong mu kearah maksiat, nafsu pula mendorongmu agar memenuhi tuntutan syahwat sedang dunia pula mengajakmu agar memilihnya dari memilih akhirat, anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu agar memasuki syurga serta mendapatkan keampunannya..... Siapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya... siapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya... siapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal darinya... siapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya... siapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya.... manakala sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta dia akan memperolehi segala kebaikan....... yang manakah kita??

BOIKOT!!

Bebaskan Palestin!