
semalam aku ada terbaca berita tentang seorang pelakon popular satu ketika dulu yang lebih dikenali sebagai 'ALI SETAN'. Berita yang aku baca itu memang membuat aku menadah tangan mengucapkan kesyukuran pada illahi bilamana aku ketahui beliau telah lama 'kembali' mengikut jalan yang diredhai. Teringat aku pada satu masa dulu aku pernah menconteng gambar artis itu dengan memakaikannya jubah dan membuat janggut yang panjang.... memang tak aku sangka rupa beliau kini lebih kurang sama dengan gambar yang aku conteng dulu.
Dalam situasi sekarang, aku amat jengkel dengan berita-berita didada akhbar yg berbahasa melayu (bukan semua) yang lebih banyak memuatkan cerita-cerita glamournya siti dan datuk k, cerita peribadi Mawi dan Ina, cerita pembunuhan,rogol,rompak,samun dan entah apa lagi cerita yang membuat aku rasa aku bukan lagi berada dibumi Malaysia yang satu ketika dulu aman dan damai, cukup payah nak dengar cerita tentang pembunuhan dan rogol.
Apa agaknya nak jadi dengan bumi Malaysia sekarang ni. Kadangkala aku rasa tidak selamat biarpun berada dalam rumah sendiri.
Setelah aku bermenung seketika mencari-cari apakah yang menyebabkan semua ini... aku simpulkan itulah bendanya risiko yang kita harus hadapi jika kita ingin pembangunan yang pesat untuk bumi Malaysia ini. Ini termasuk juga kebebasan beragama yang kini hangat diperkatakan dimana-mana jua dan ia juga menjadi kebimbangan aku. Kemana perginya umat Islam dibumi Malaysia ini? Kenapa tiada sokongan padu untuk mempertahankan agama Islam kita dari diperkotak katikkan oleh bangsa lain? Kita lebih mementingkan sentimen perpaduan dari mempertahankan agama kita sendiri.
Mengapa sampai "lembaga" lain boleh mempersoalkan tentang agama kita sedangkan kita mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Kadang-kadang aku rasa sudah sampai masanya aku menukar haluan untuk memilih pemimpin yang benar-benar memimpin berlandaskan Al-Quran dan sunnah.Para mufti dan ahli agama sekarang tidak bebas menyuarakan komen mereka.Mereka juga tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli agama dengan sepenuhnya,terlalu banyak "double standard" dan 'restriction" yang perlu mereka hadapi.
Aku rasa mungkin bilamana Malaysia ditimpa bencana macam Bosnia,Indonesia dan negara yang sewaktu dengannya barulah agaknya umat-umat Islam kita nak menyesal.
Allah maha besar untuk menunjukkan kuasanya kepada kita jika kita masih 'lena'....
-iNSaN KaMiL-,
"ALLAH menjadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang berkuasa: dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama islam) yang telah diredainya untuk mereka: Dan ia juga menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur, ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka..."
Surah An-Nur ayat 55: