
Aku sedang mencari kekuatan; bagaimana mendapat keyakinan yang mendalam.Aku sedar tanpa iman yg mendalam, aku tidak berupaya melonjak ke depan. Belenggu kebiasaan dan tarikan nafsu begitu kuat sekali. Ketika tarikan al Hawa memuncak, aku gagal memimpin diri ke arah jalan yang haq. Oh Tuhan, bantulah hamba ini. Kurniakanlah iman yang benar. Hanya kepadaMU aku berserah.Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
1 comment:
Tercari segala Kekuatannya. InsyaAllah..segala yg dicari pasti ketemu jua,bila samapai ketitik noktahnya..
Post a Comment