PERHATiAN

Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua artikel didalam blog ini adalah dari karya saya, ada sesetengahnya (yg bertanda *) diambil dari blog lain untuk renungan bersama.
Terima Kasih.

Sunday, April 15, 2007

Allah s.w.t., menjadikan manusia itu sering rasa resah gelisah. Apabila berhadapan dengan masalah, biarpun sedikit, ia akan rasa resah gelisah dan apabila mendapat kesenangan, mendapat pangkat, naik gaji dan sebagainya, mereka sering menjadi angkuh, pelokek biarpun mempunyai banyak harta dan wang.

Selain daripada itu, Allah menjadikan manusia itu bersifat tamak. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah emas, mereka mahukan tiga, begitulah seterusnya. Mereka mahukan sebanyak boleh. Sifat tamak atau naluri haloba manusia itu tidak berkesudahan kecuali apabila nyawa berpisah dari jasad.
Semuanya itu berlaku di hadapan mata kita.

Terdapat manusia yang diberi amanah untuk memelihara kepentingan orang Islam, menggelapkan wang, tanpa segan silu atau rasa belas. Di antara mereka diberi amanah untuk menjaga wang, dari sebuah bank ke satu institusi lain, melarikan wang tersebut dengan pelbagai cara dan helah. Terdapat orang ternama melibatkan diri dengan judi berjuta-juta ringgit, tanpa memikiri natijah buruk daripadanya. Buruk kepada diri, keluarga, masyarakat, rakyat dan negara di mata dunia.

Walaupun demikian, pemikiran mereka tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dengan perbuatan jahat, padahal mereka terdiri daripada orang yang telah dewasa, lebih daripada setengah abad, tetapi tetap melakukan kemungkaran yang melibatkan wang berjuta-juta, padahal keperluan fizikal mereka, untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya tidak memerlukan wang berjuta-juta ringgit. Hal demikian akan terus-menerus berlaku kerana manusia itu mempunyai sifat tamak haloba.

Allah menjelaskan bahawa nafsu manusia itu lebih berkecenderungan melakukan kejahatan daripada kecenderungan melakukan kebaikan.
Dalam masa yang sama kita juga perlu sedar, bahawa iblis dan syaitan, sama ada syaitan yang tidak nampak, yang dimurkai oleh Allah akibat keengganannya menyembah Adam ketika berada di syurga, juga iblis dan syaitan yang nampak, atau lebih jelas manusia yang berperangai iblis dan syaitan itu sentiasa menyemarakkan sifat jahat manusia, iaitu tabiat tamak, resah gelisah yang wujud pada diri setiap orang.


Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu berupaya melakukan sembahyang lima waktu, terus-menerus, sembahyangnya sempurna, sah dan diterima oleh Allah maka sifat-sifat buruk semula jadi manusia itu akan berkurangan, membolehkan seseorang itu berupaya mengimbangi antara kejahatan dan kebaikan.
Sembahyang adalah neraca memperlihatkan iman seseorang. Rasulullah menjelaskan bahawa amalan yang mula-mula sekali ditanya Allah di akhirat kelak ialah amalan sembahyang. Sekiranya sembahyang seseorang itu diterima Allah, maka amalan-amalan lain akan diterima Allah. Sekiranya ditolak, maka amalan- amalan lain akan ditolak oleh Allah.

Di antara perkara yang tidak berpenghujung atau tidak berkesudahan ialah angan-angan nafsu, biarpun jasad seseorang itu telah tua. Satu perkara lain yang perlu diingat dan diingati ialah bahawa iblis dan syaitan itu sentiasa menipu, menggesa dan menguliti manusia agar mereka melakukan kejahatan dan kemungkaran. Menyebabkan manusia menganggap amalan jahat itu baik dan sebaliknya menganggap amalan baik atau situasi baik itu jahat tidak memberi manfaat menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menggunakan akalnya untuk berfikir dengan stabil.

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga.



"HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:"
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah
pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


"HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :"
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.
"HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :"
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.
ikhlas dari:
iNSaN KaMiL
Maksud surah Al - Anfal 2:3
"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu(yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka: dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Iatu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurnia kepada mereka"









No comments:

Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a

Ungkapan berhikmah Saidina Abu Bakar r.a
"sesungguhnya berdiri iblis dihadapanmu, jiwa berada disebelah kananmu, nafsu pula disebelah kirimu, dunia berada dibelakang mu, semua anggota tubuh disekitarmu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada di atasmu.... Maka menghasutlah sang iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agama mu, jiwa pula mendorong mu kearah maksiat, nafsu pula mendorongmu agar memenuhi tuntutan syahwat sedang dunia pula mengajakmu agar memilihnya dari memilih akhirat, anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu agar memasuki syurga serta mendapatkan keampunannya..... Siapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya... siapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya... siapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal darinya... siapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya... siapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya.... manakala sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta dia akan memperolehi segala kebaikan....... yang manakah kita??

BOIKOT!!

Bebaskan Palestin!